Sunday, 2 October 2011

a.w.a.y~

i’ve been here~

u’ve been there~

 

i need u here

but u still there

 

 

 

 

 

so let me just b here~n

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

maybe away from you

 

*so that you can just b there w.i.t.h.o.u.t.m.e*

Friday, 24 June 2011

salah cekgu ke?

salam. buenas noches ^_^

hah. aucak! buibui. lama betul
tak jenguk blog kn? berhabuk ni ha.
lap lap sket yang mana patut. *lap lap lap*

sepanjang lebih kurang sebulan lebih
aku berkhidmat sebagai guru
*bila sebut pasal keja,
sila cakap dengan nada seskema habis
sambil buat muka seserius habis*

DSC05357
tudia. skema tak? skema tak? =P

banyak pengalaman, pengajaran,
dan iktibar yang takkan
aku dapat dari kelas kelas biasa di upsi.
sapa kata praktikal tak best? *huh!

dua tiga hari lepas, salah seorang student
datang mengadu pada aku. cekgunya
marah dengan menyumpah menggunakan
kata kata kesat dekat budak budak
yang bermasalah dalam kelas. aku terkedu.
tergamam. *sepiceles~ha gitu*

fenomena macam ni, bagi aku
bukan sesuatu yang luar biasa ataupun
abnormal. ya, normal cekgu menggunakan
kata kata kesat dalam marahnya di sekolah.
memang NORMAL.

kesilapan mcm ni lah bagi aku
telah berjaya membentuk dan membina masyarakat
dan belia yang memang super duper
hancur. antara salah silap
yang berpunca dari sekola yang mungkin
jadi penyumbang kelingkupan generasi sekarang ni :

*cekgu sendri tak betul*

ha, ni memang penyumbang terbesar la. cekgu marah bila student tidur dalam kelas, tak bagi perhatian dalam kelas, bising dalam kelas, macam macam dalam kelas lagi lah. tapi bila time meeting, program, kursus, cekgu jugak yang tidur sampai tenganga, cakap cakap *gosip gosip*, siap ada yang sempat lagi dok edar edar katalog nk buat bisnes. apa barang kn? *sigh*

memetik kata kata dr fazilah kamsah

“anak anak tak akan dengar apa yang
kita cakap, tapi ikut apa yang kita buat”

ha, nasihatla sampai berbuih hijau
mulut pun, selalunya pelajar takkan dengar.
SELALUNYA. tapi pelajar akan ikut
apa yang cekgu buat. contohnya
senario cekgu maki maki student tadi.
taw tak apa yang jadi pada cekgu tu?
budak budak tu melawan balik apa yang
cekgu tu cakap sampai cekgu tu hampir
hampir nangis. see?

*cekgu mengadili pelajar tanpa mengenali mereka terlebih dahulu*

satu senario lagi yang aku jumpa, masa aku tengah relief kelas ada student aku bertindak toreh tangan sendiri. sempat aku aku lari tawaf kelas tu sekali. HAHA. tekujat weh. tapi alhamdulillah, lepas pujuk dia benti toreh tangan dia. then, bawak dia g  bilik guru nak letak ubat. n aku mengharapkan ada cekgu yang dtg dan tenangkan dia, bagi motivasi balik. malangnya, salah sorang cekgu dekat situ marah dia. sekali lagi aku terkejut. wajarkah?

memangla sungguh, penampilan luaran
mencerminkan dalaman. tapi macam
mana penampilan dalaman tu
ada yang tersembunyi. takut takut
nk tunjuk. malu malu gitu u~student
student yang buat masalah dekat sekolah
aku memang tak dinafikan ada yang betul betul nakal.
susah nak bwk balik kejalan yg benarrr~
tp kebanyakannya cuma sedikit terpesong.

sebab apa aku berani cakap macam tu?
sebab budak budak yang macam ni
sangat beradab dengan aku. sungguh.
bukan nak tipu. mula mula ada jugak yang
agak kurang ajar. tapi aku sabar,
cakap lembut lembut, nasihat baik baik, tekankan
yang aku SAYANG diorang,
aku PERCAYA diorang baik,
alhamdulillah ada rasa respek dalam diri
diorang pada aku. semua makhluk Allah
dilahirkan baik, cuma kita yang salah mendidik.

panjang pulak aku membebel dgn
bahasa skema. HAHA. oke oke,
back to normal. peranan cekgu memang
saaangat besar. serius. berat tanggungjawab
yang aku galas. aku bukan mintak stdent
aku bila besar nnt jd perdana menteri.
*kalau jadi alhamdulillah la* aku cuma
harapkan diorang dapat jadi manusia
yang berguna. tu pon dah cukup.
cukup akhlaknya, budi pekertinya, alhamdulillah.

AKU DAH JATUH CINTA PADA KERJAYA NI. sungguh!

Sirnalah malang
Hadirlah terang
Agar ku tak gugur di medan perang
Agar ku tampil sebagai pejuang
Agar ku tampil sebagai pemenang

p/s : lecturer aku dah datang observe. komen dia?

you got the quality of a profesional teacher and you are a good teacher”

alhamdulillah ^_^. next entry gonna b entry
pasal aku punya 1st observation :)

assalamualaikum ;DD

Friday, 10 June 2011

holiday for two weeks~joget joget =P

salam. dobré ráno :)

alhamdulillah. syukur. dua minggu cuti sekolah
cekgu yayah gained her weight! hoh yea! ;DD

aktiviti cuti sekolah tersangat sangatlah
bosan. HAHA. cuti aku diisi dgn
aktiviti yg sama seperti calon calon di bawah:

*6 a.m – mandi, solat, breakfast*

*6.30 a.m - bagi mkn kucing, basuh sangkar kucing, layan kucing, dan macam macam kucing lagi*

*7 a.m – tidur semula*

*8.30 a.m – masak nasik, main periuk belanga,basuh baju, sidai baju*

*12 p.m – settle keja, mkn, tidur*

*2 p.m – mandi, solat zohor, makan LAGI*

*3 p.m – tidur LAGI*

*4.30 p.m – bangun, makan LAGI, main kucing, mandi, solat*

*5.30 pm – masak nasik, masak, kutip kain, lipat kain*

*6.45 p.m – kutip anak kucing masuk sangkar*

*7 p.m – layan nora elena. buibui =P*

*7.50 p.m – mandi, solat, ngaji*

*8.30 p.m – AGAIN makan*

*9 p.m – solat, golek golek, sembang sembang*

*around 10 p.m – tidur*

aktiviti dekat ats tu kiranya yang wajib
aku bt tiap tiap hari. but still ada jgk aktiviti lain
yg aku bt. cthnya:
 
DSC01567
jaga baby haziq yg teramat sangat sangat
comel! >_<
 
DSC01568
baby haziq sangat comel buat
mulut bolat. aww =P

DSC01574
jaga baby iman yg teramat sangat hensem!
see? hensem boy ^_^
 
DSC01575
ajar benda benda merapu dkt anak sedara. buibui =P
*gamba tpksa di crop kerana masalah
kurang konfiden dgn diri sendri*
 
dan yang paling penting dspanjang cuti
sekolah ni, pp cekgu yayah dh semakin
bolat! alhamdulillah.
DSC01555
proudly present! boncetgirl! eh silap. bolatgirl! =P
 
besok, cekgu yayah will busy
again n again n again. so, wish me luck ya!
 
jangan terlampau mengejar dunia, kelak dunia kn lari terlalu laju untuk dikejar,
kejarlah akhirat nanti, nescaya dunia kan berlumba lumba mengejarmu :)
 
 
 

Saturday, 21 May 2011

cik yayah with her brandnew life~

salam. buongiorno ;DD

agaknya dh lebih 4, 5 bulan
cik yayah menyepi dari arena blogging.
missing me buddies? ^_^

alhamdulillah, Allah masih sudi mengurniakan
nikmat bernafas, nikmat yang paling besar
yg telah diberikan kepada kita.
cik yayah sekarang dh kuat tahu?
pandai dh bawak moto 80km sejam. *bangga habis!*

.:jum jum tgk rententan peristiwa yg korang dh trlepas:.

*aku dh start prktikal di SMK sungai pasir,
sg petani kedah. so, i’m a teacher now!
ouh yeah! ;DD*

DSC01386
say hello to cekgu dayah! ;DD

*cekgu dyh sedang brtunggus lumus
mngambil hati-jantung-paru praru
student dr kelas terakhir. tak bagos tahu?*

*omeiy kucing cik yayah dh slamat larhirkan
cucu dkt tuan dia. so somel! >_<*

DSC00944
ni nmnya chicky. adik aku yg letak nm.
mngarut sungguh! chicky kn nm lembu?

DSC00949
ni pulak nmnya puteh. sungguh. puteh sungguh =P

seko lagi tak dpt disiarkan gambar ats sebab2 tak dpt dielakkan. later on i’ll show it okay?

*cekgu dyh sgt dibuli di sekolah. grrr!*

*penghujung semester yang sangat
touching macing.
sedih tahap dewata raya sbb kena tendang.
ya, aku kn tendang.
kolej tendang aku. takpe takpe.*

*kawan kawan pakat dok kawen.
aku bole tengok sambil buat muka sapa.nak.kawen.ngan.aku.ha. buibuibui =P*

*alhamdulillah. kak biri biri dan kak liza howt
masing masing dh selamat melahirkan baby
yg super duper cumil! >_<*

banyak lagi yg nak diceritakan. tp
kekangan rasa malas yg meluap luap
menghalang pulak~MENGHALANG konon. =P

insyaAllah, kalau jari ni rajin menaip lagi
aku cerita dkt korang pasal
pengalaman aku ngan budak budak sekola eh? :)

Semua perkara ini berlaku kerana tahap kematangan kita berbeza. Cara pemikiran mula bercambah dan mula untuk menjadi orang yang berfikir. Berzikir dan berfikir.
Related Posts with Thumbnails